Friday 25 January 2013

Perlu ke jadual, schedule?



Assalamualaikum!!
nukilan ini di copy paste dr blog kelas saya..
But, i'm the one yg write kay..
saja nk kongsi di blog ini..hehe..
for those yg nk menjenguk blog kelas saya,
boleh la klik 'ini'
XOXO

***********************************************************

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulliah, got chance to write here..
Hari ini nak berkongsi dengan semua pasal jadual a.k.a. timetable a.k.a. schedule..
Ikut la ampa nk panggil apa pun..

Mungkin bagi setengah individu, cukup x suka dgn 'benda' nie...
Mungkin bila bercakap tntng timetable, dh terbayang dah dlm kepala, kotak-kotak yang berwarna-warni...ala mcm yg SYED buat tue...hehe

Ada manusia yang x suka dengan ENCIK TIMETABLE sebab rasa hidup dy TERKONGKONG lagi x BEBAS...konon ENCIK TIMETABLE membuatkan dy kelihatan childish and bla..bla..hanya bdak sekolah ja pkai mcm tue...
Dan pelbagai alasan lagi lah kan..

Tapi, sebenarnya ENCIK TIMETABLE inilah yang sebenarnya 'mengatur' lagi 'menguruskan' hidup kita taw...supaya always smooth...ENCIK TIMETABLE yang cuba saya bawakan ni bukanlah mcm jadual sekolah or jadual bersihkan kelas dan sebagainya yg mungkin anda sdg byangkan..

ENCIK TIMETABLE yang dimaksudkan adalah yang bersifat 'FLEKSIBEL'. FLEKSIBEL yang berprinsip...

Anda boleh menampalnya di meja tulis atau di mna2 shja yg anda selesa.
Dan bagi yg alergik dgn jadual bertampal, boleh ja nak tampal dalam MINDA bestari anda itu :)


Kenapa khidmat ENCIK TIMETABLE ini amat diperlukan??

Kita memerlukan ENCIK TIMETABLE kerana  manusia sesungguhnya berada dalam kerugian. KERUGIAN!!

Bukankah ALLAH taala telah berfirman :

' Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian' (Surah al-Asr 103;1-2)


Mereka yang tidak RUGI adalah mereka yang megisi masa dengan perkara yang Allah redha. 


' Kecuali, mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan pula kepada kesabaran'
(Surah al-Asr 103; 3)

Manusia sentiasa dalam kerugian. Masa yang berlalu x akan mampu diganti dan x akan kembali. Banyak masa lapang kita, kita salurkan ke arah perkara yang tidak berfaedah.

Kadang2 kita menghabiskan masa satu jam borak2, walhal slide presentation satu habuk blum buat.
Kita sibuk itu dan ini tanpa arah tuju dan matlamat yg jelas..
Kita aulakan yg kurang penting dri yg the most important..

Kita acap kali terlepas pandang benda yang penting... Banyak main..
Kerana Inche Otak kata, relax laaa..esok ada kan..sempat lagi nk wat...
Yang pasti, kadang2 24 jam sehari itu brlalu tnpa ada significant nya..
Sungguh, kita manusia yang RUGI!!

OLEH ITU, 
Ayuh para dai'e sekalian, aturlah rancanglah hidupmu. Aturlah masa 24 jam seharimu dengan sebaik-baiknya perancangan. 

Dalam kehidupan ini, masih banyak pekerjaan, tugas yang perlu dilaksanakan. 
Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum DIA menjemput pulang.
Orang yang berjaya adalah orang yang mengOPTIMUNKAN, MEMAKSIMAKAN penggunaan 24 jam sehari dalam hidupnya. 

Lihat saja pada cendekiawan Islam. Mereka mampu menguasai pelbagai cabang ilmu dan melakukan pelbagai perkara...
Masa mereka masih sama seperti kita.
24 jam sehari... Namun, lihat..
Apakah sumbangan mereka dlm pembinaan tamadun Islam [masuk skt eh bab TITAS]
x terkira banyaknya..
Allahurabbi...
Hebatnya mereka dlm mengaturkan kehidupan...

Para mujahidin sekalian,
Dan jangan dilupa..
Ruang petak2 kosong dlm jadualmu itu
haruslah diisi dengan perkara-perkara yang ALLAH redha..
bukankah matlamat hidupmu utk mengapai MARDHATILLAH??

Maka, 
para mujahidin sekalian,
'JADUALKANLAH' hidupmu, hartamu, ilmumu
dengan perkara-perkara yang DIA redha..

Salam mujahadah buat para mujahidin sekalian...
Selamat beramal...

MOGA ALLAH REDHA




p/s~ Cedok idea dr buku BATU-BATA KEHIDUPAN
its a long entry..
I can't make it short..
Peace.Smile.


       





Saturday 12 January 2013

MATI itu PASTI

ASSALAMUALAIKUM.....

Waaaah..lamanya x menulis di sini...

My latest perkembangan adalah I'M NOW DEGREE STUDENTS!!
PRAISE TO HIM, ALHAMDULLIAH..
sedar x sedar almost two years being here...
Alhamdulliah, zaman foundation berlalu dengan baik..
ALHAMDULLIAH!!
Now, the journey become graduated teacher is begin..

Ini mujahidat3 kelas saya. 

The WAR is declared..



Berjauhan dari keluarga since form 1..but sincerely..saya bukanlah HOMESICK... nak kata besnya ddk asrama, x lah..biasa aja... x dapat nk dikenal pasti sebab musababnya mgpa saya x HOMESICK!!
mungkin balik dua minggu sekali kot..

BUT, bila saya di sini, di bumi Terengganu ini, saya mengaku saya adalah  seorang yg HOMESICK!!! even baru sampai dua hari dkt sini, saya dh mula terbayang besnya ddk rumah..
Hurm, PARAH!!! but, Alhamdulliah, ianya tidaklah menyebabkan study, relationship dgn others jadi terbantut...


KEMATIAN ITU PASTI
Baru2 ini, saya digemparkan dengan kehilangan org3 kesygn shbt2 saya..
Last month, during semester holiday, one of my best friends lost her father due to heart attack..
Allahurabbi, I can't imagine how was she. during the moment, she was far away  from home, attending the DATAB [progrm pengajian di pndok].
Ayah dy dikebumikan tanpa dy sempat menatap wajah ayah dy..
Saya kenal sahabat saya. Dy anak sulung. X byk bercerita. Lebih bnyk diam dr mulut pot pet mcm saya. Mak dy x bekerja. Adik2 msh bersekolah.
Saya tahu mereka hilang sebentar tmpat kebergantugan. Sedihnya hati nie..

Last week, ada akak aras nie kehilangan mak dy secra mengejut. She was the youngest one. Dy sgt3xxxx rapat dgn mak dy..Meraung dy masa tahu mak dy dh Allah ambik..Dy sedih sgt...

Bila saya melihat situasi begini, saya lantas teringat pd mak dan ayah di rumah. Cuba membygkan sya berada di tempat mereka. ALLAH!! x sanggup nk bygkan...

Saya takut ALLAh ambil mereka kembali ke pangkuan-Nya tanpa sebarang tanda. Saya takut DIA menjemput mereka kembali dlm keadaan sya dan keluarga yg tidak bersedia.

Saya teringat pada kata2 mak, ' Mak nie sedih sgt. Mak dh kurang satu doa mustajab. Mak dh x dak ibu yg nk tolong doa. Ampa nie bertuah. Ada mak lagi. Mak nie x dak sapa2 dh nk tolong doa selalu. Harap doa seniri ngan anak2 ja la. Tu pun kalo ampa teringat nk doa la.'

Kawan sya yg kehilangan ayah dy berpesan pada kami,
' Tataplah wajah mak dan ayah bilamana berkesempatan. Nanti dh jadi mcm dy, Rugi. Menyesal yg tiada guna'

Saya bukanlah anak yang taat. Yg selalu dengar kata mak. Saya nie yang selalu bangkang itu dan ini. Yang  selalu bermasam muka, menarik muka 14 belas. merajuk konon. protes itu dan ini'

Ini kazoku saya. Orang yang paling banyak doakan kejayaan saya. Mereka tema rapat saya. 


Mak, Abah
Kak Long mintak maaf byk deh. Salah dan silap kak long, mintak dimaafkan.
Moga ALLAH merahmati kalian.

Selalulah call mak ayah anda. Tanya khabar pun jadi lah. SMS pun boleh..
Bagi yg ddk jauh, mari kita sama2 bina kekuatan...mntak pada ALLAH bagi kita ketabahan dan kekuatan untk menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Dan ingatlah satu perkara, ALLAH tidak akan memberi ujian melainkan dengan kemampuan hamba-NYA...Maka percayalah saat kamu diberi ujian, anda  mampu menghadapinya.
Jangan sesekali rebah dan tidak lagi bangun3.. xp bangkitlah, hadapilah ujian itu dengan hati yang tenang dan terbuka.
Sungguh ALLAH sedang menguji sejauh mana keikhlasanmu..
Maka, berlapang dadalah dengan segala cabaran kerana ALLAH mengasihanimu.




KAMU adalah orang yg beriman, dan PASTI ALLAH akan mengujimu.
Salam Ketabahan buat para mujahidin.