Saturday 3 May 2014

SANAH HELWA SAYANG!!

Kami allergik dengan kucing!!
xp, KUCING sangat COMELL

Hari ini,
3 Mei.

Genap 16 tahun,
Kau lahir di dunia ini.

Moga terus qawiy.
Moga iman, amal terus menerus.

Sanah helwa NUR AIMI MAISARAH binti AHAMAD SHABUDIN.
Kak long doakan kak cik terus sihat dan kuat.

Sarah @ kak cik,
Adik saya yang no dua,
Anak yang ketiga.

Agak berbeza aku dan dia,
Orangnya agak determined dalam sesuatu perkara.
Masa aku SPM dulu,
Dia amek UPSR.

Dalam ak main2 dan x sangat fokus mghadap buku,
Dia akan tegur dan tegur,
Supaya aku fokus baca buku.

Kami dua2 cengeng dan mudah menangis,
Sensitif bahasa psikologinya.

Dia banyak tegur dan nasihat aku in the same tyme,
Kak long nie la.. Kak long itu laa...
Kak long x pandai la... Kak long..   Kak long...  
Garang?
Boleh la.
Manja?
Definitely, dengan mak lagilah.
Abah, toksah kata.
Manja, selalu perang-ala-melawak dengan abah,
Jadi bahan kaki usik.

Dia,
ALLAH uji,
Dengan sakit,
Yang payah nak sembuh.

Satu  batu hempap atas kepala,
Jatuh atas kami sefamili.

Aku nampak dia tabah,
Teriak tu jarang2 ak nmpak,
Aku rasanya yang lebih teriak.

Mak cerita,
masa first dy didiagnose dgn pykit tu,
Dia x teriak pun.
Dia ok ja.

AKu yang dengar cerita tu,
Teriak x berlagu kt sini,
Adik kita baru form 2 kot..

Masih igt lagi,
Punya la nk buat bisnes,
Sebab nak tolong mak,
Cover expenses utk ubat3x dy.

Menitis ayaq mata aku.

Mak selalu kata,
Kalau kak long yang ALLAH takdrkan sakit macam tu,
Mampu k long tabah lagu tu??

Ya, ak mgkn x kuat macam tu.
Sbb tu,
Allah kata,
Ujian seseorang tu sesuai dgn kemampuan diri dy.

Dan,
Aku melihat,
Dari kaca mata aku,
Yang Allah itu MAHA ADIL.

Once dy tarik sesuatu,
Allah akan bagi yang lebih baik.

Ya, aku melihat itu.
Alhamdulliah,
Aku lihat,
Akademik dy,
KOKO dy,
Ketahanan diri,mental,
Hubungan sekeluarga,
JADI LEBIH BAIK dari sebelumnya.

Dan,
kalo orang tak tahu,
kisah sebenar dy,
orang akan sangka,
DIA SIHAT,
DIA NORMAL,
macam yang lain,
sedangkan hakikatnya,
INSULIN diinject setiap hari.

Duhai sang adik,
Moga Allah memberkatimu,
Kak long mengagumimu,
Bahagialah dirimu,
JAdilah mereka yang bahagia,
Tuhan itu tidak pernah ZALIM,
Dia MAHA ADIL,

MAHA PENYAYANG.

Duhai adik,
Manfaatkanlah hidupmu,
Manfaatkanlah masamu,
Jadilah anak yang solehah,
Anak yang membahagiakan ummi dan abah,

Maaf atas salah kak long,
Sungguh,
Kak long bukan kakak yang baik,
Lagi membahagiakan.
Terimalah aku seadanya.

Sanah helwa, MAISARAH!!
MOGA ALLAH meredhaimu setiap langkahmu.

Di HSB, appoinmet dengan doktor.



*teriak (bahasa  KEdah) = menangis

Kak, tolong berdiri belah kiri boleh? Saya nak lalu..

Assalamualaikum.
Ya, blog saya bersawang!!
Hehe..

Saya muncul balik selepas setahun.
Sebab membuak3x perasaan dalam diri,
Nak luah,
Nak cerita,
Nak kongsi.
Saya cuba,
Saya paksa,
Dan akhirnya,
Yay, NAk tulis entry baru!!

Selama setahun ni,
IG ja yang jadi medan menulis,
Sebab tu kata seorang kawan,
Ain lah orang,
Yang selalu tulis ESEI dekat IG!!!
Pff..
Bro,
Nak buat macam mna,
Ketagih nak menulis.

Tajuk hari ini ialah : Kak, tolong berdiri belah kiri boleh? Saya nak lalu..

Saya pernah menjejakkan kaki di JEPUN, (Alhamdulliah, Allah bagi peluang walaupun pada mulanya x maw p pun, ada apa sgt kt Jepun tu, nak p Europe, boleh?? Manusia memang lagu tu, selalu demand lebih)

Di Jepun, depa semua akan berdiri di sebelah kiri semasa naik eksklator (betoi ka ejaannya,??). Jadi bagi yang nak bergerak laju3xx, akan lalu belah kanan.. Yang nak steady dan relax, akan berdiri sebelah kiri. Memudahkan urusan orang lain kan??

JAdi, bila aku nak laju3xx, kelam kabut dan nak rushing, (ampa taw kan, kalau ak kalut macam mna) takut tertinggal bas (bila nak balik KT, msti singgah TESCO, lepak3x, solat, makan) aku jadi stres dgn orang depan. Nak mntk lalu, tengok troli gedabak kt depan. Nak mntak lalu, dok seronok bersembang, segan nak kacau. Kadang2 tu depan depa, bukan ade orang pun. Tolonglah kak, abang, pak cik, mak cik, adik. Saya nak cepat nie..  So, aku tarik nafas,  tgok keadaan sekeliling atau belek handphone  sementara nak tunggu sampai ke tingkat atas (MEthod aku untuk SABAR)..

Hurmm.. rindu JEPUN.
Pernah ditegur masa kat airport, aku lenggang ja dok belah kanan,
Sekali, kena tepuk bahu,
Ada kakak jepun nie mntk nak lalu.
Malu kita,
Bila beralih belakang,
Tengok ramai queque,
Sebab aku.

Dan, lepas tu,
X buat dah.


Gambar di JEPUN. Seorang syeikh ARAB di kata, I see Islam there, but there no MUSLIM.

Teringin sangat nak spread this good habit dekat orang2 MALAYA..
Btw, do read this

xoxo,
See you till then.
Cik QAWIY


Tuesday 5 November 2013

Tahun Baru, Azam BAru


Assalamualaikum..

Alhamdulliah, kita telah melangkah ke satu tahun lagi yakni, 1435 Hijrah.
Alhamdulliah, Allah masih beri kesempatan pada kita melangkah di bumi ini.




Salam maal hijrah pada semua...
Letakkan satu perasaan dalam hati ini bhawa bertapa bermaknanya tahun baru ini..
Pandang tahun baru ini sebagai penggerak, booster, catalyst untuk kita melangkah ke hadapan..
Mari jadi orang yang sentiasa melakukan perubahan-perubahan yang baik dalam diri.
X rugi kita menjadi yang lebih baik!!

'Eh, kak.. Susahlah nak buat baik..'
                            'Eh, saya bukan budak baik sangat, awak suruhlah orang lain'
                                                   'Saya nie x sebaik awak, Malu ase berkawan dgn awak'


Pernah mendengar scene drama2 ini..
Atau anda salah seorang actornya??

Merendah diri itu perlu,
Merasa diri itu kurang perlu,
Merasa diri itu perlu penambaikan itu perlu,

So, apa lagi tindakan anda??
Jom bina diri!!
ana,enta,antum semua..


Salam hijrah!!
Jadikan dirimu lebih baik dari semalam..

Orang yang bijak adalah orang yang lebih baik dari semalam... 

Regards, 
Budak NAk Final 

Sunday 3 November 2013

Ucap Syukur Melebur Kufur

Assalamualaikum..
Again, new post..
Btw, nie dicopied from gen-Q, 
Artikel dicopied utk KULTUM..
So, why not I paste it here??
Huhu :D
Siruuu 'ala barakatillah..


Ucap Syukur Melebur Kufur


Allah berfirman yang bermaksud : “Dan ingatlah ketika tuhanmu berkata, ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti akan aku tambahkan (nikmat) untuk kamu dan apabila kamu kufur, sesungguhnya azab aku amatlah keras” (surah Ibrahim, 14;7)
Mengikut tafsir al-Nasafi, Ibn Abbas menafsirkan ayat ini bahawa, manusia yang taat kepada Allah, Allah pasti akan melimpahi baginya nikmat yang tidak terhingga. Manakala, manusia yang kufur dan ingkar, Allah akan meluputkan segala nikmat pemberian-Nya di dunia dan Allah akan menimpakan aneka azab dan hukuman yang berat di akhirat kelak.
Segala ujian yang berlaku di sekeliling kita seperti kebakaran, rompakan, tsunami dan sebagainya, kita wajib melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana menyelamatkan kita daripada segala macam ujian ini.
            Terbitkan dalam hati sekiranya Allah berkuasa menimpakan sesuatu keburukan kepada seseorang, maka Allah juga amat berkuasa untuk menimpakannya kepada kita.

Mengungkap Syukur
Mengungkap syukur bukan sekadar menyebut alhamdulliah atas pemberian-Nya, malah dengan memberi ketaatan yang bersungguh-sungguh kepada Allah dengan menzahirkannya melalui seluruh anggota.
            Ini disandarkan kepada kata-kata Ibn Abbas mengenai syukur : ‘Syukur ialah ketaatan kepada Allah dengan segala anggotanya sama ada zahir mahupun batin dalam keadaan sembunyi atau terang’.
            Garapkan rasa bersyukur dalam hidup orang muda dengan melakukan perkara yang Allah suka dan meninggalkan segala larangan hamba-Nya walaupun perbuatan itu berlawanan dengan kehendak dan fitrah manusia.
            Yakin dan percayalah dengan janji Allah. Dengan bersyukur, pasti Allah akan mengandakan nikmat-Nya dan memberi kemudahan dalam segenap urusan kita seharian. Seterusnya melahirkan rasa ketenangan jiwa dalam menempuh ujian di dunia ini.


Bahagianya Bersyukur
Bersyukur membuahkan rezeki dan nikmat yang melimpah. Bersyukur  juga menjadi jalan kepada hidayah dan petunjuk Allah kepada kita. Lihatlah bagaimana ashab al-Kahfi melahirkan rasa bersyukurnya.
            Demi rasa bersyukur menjadi orang yang beriman, juga rasa cinta dan taat kepada Allah, mereka sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman. Disebabkan itu, mereka beroleh nikmat petunjuk dan sanjungan daripada Allah. Bahkan kisah mereka telah dirakamkan di dalam al-Quran.
            Allah telah berfirman: “Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan menreka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka,” (Surah al-Kahfi 18; 13)
            Selain itu, baginda SAW juga memuji dan kagum dengan mukmin yang bersyukur. Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin”
            Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur,maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka itu juga kebaikan baginya,” (Riwayat Muslim).


            Demikianlah, betapa bahagianya menghiasai diri dengan sifat yang menjadi ucapan pertama ahli syurga apabila memasuki syurga kelak. Bagi seseorang anak, sifat bersyukur itu akan menerbitkan rasa saying ibu bapa, guru dan masyarakat.
            Bagi seseorang pekerja pula, sifat syukur akan menyebabkan limpahan anugerah sama ada daripada Allah secara terus ataupun melalui majikannya. Itulah target, fokus dan impian kita.

            Ayuh, jadi hamba yang bersyukur!!


Saturday 2 November 2013

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum..

Its been ages since I didn't write any single word..
So, lets get a start fresh.
Busy, malas, x igt pun bla..bla...bla..
Reasons knpa jarang update.. 

Qawiyy..qawiyy..



This is one of article that I copied for BADAMD blog..
Copied from book, 'Soalnya Hati'

Memburu Kemanisan Iman
Antara resipi memburu kemanisan iman yang dicadangkan oleh para ulama tasawwuf bahawa seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara serta melupakan dua perkara.
Ingatlah akan 2 perkara :
  1. Kebaikan Orang pada Kita
Hidup ini penuh dengan kebaikan orang pada kita. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga, berkongsi duka sama-sama dan sebagainya seharusnya diingati dan dihargai budi baiknya. Jika berkesempatan dan berkemampuan, apa salahnya dibalas budi baik itu dengan balasan yang setimpal seperti belanja makan, beri hadiah dan sebagainya. Ajar diri menghargai dan mengingati kebaikan orang lain supaya  diri kita menjadi seorang yang pemaaf kerana kita selalu merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.
Dan, jangan lupa pula pada nikmat Allah yang semestinya kita syukuri, selalu diingati dan selalu disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT,
$¨Br&ur ÏpyJ÷èÏZÎ/ y7În/u ô^ÏdyÛsù ÇÊÊÈ  
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.                                                         (Surah ad-Dhuha ; 11)

  1. Kesalahan Kita pada Orang Lain
Ajar diri ini untuk sentiasa ingat kesalahan kita pad orang lain. Rendahkan ego masing-masing. Mengaku salah pada kesalahan yang dilakukan. Bilamana kita selalu mengingati banyaknya kesalahan kita pada orang lain, hati ini lebih terdorong untuk meminta maaf. Hal inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi.
Lebih-lebih lagi dosa-dosa dan kederhakaan serta keengkaran kita pada Tuhan, Ya Rabb. Selalu mengingati dosa-dosa kita itu akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal dan akhirnya ini membawa kita kepada taubat pada-Nya. Maka ingatlah bahawa dosa yang menyebabkan tangisan itu lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan riak.

Maka, Lupakanlah akan dua perkara :

  1. Kebaikan Kita pada Orang Lain
Jangan sesekali mengungkit-ungkit kebaikan kita pada orang lain. Hakikatnya, kita hanyalah wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain. Sikap ungkit-mengungkit ini tidaklah menguntungkan saham pahala kita bahkan merugikan segala amal kebaikan yang kita lakukan. Yang perlu dilupakan adalah segala amalan kebaikan, ibadah yang kita lakukan. Perbuatan mengingat kebaikan ibadah yang dilakukan menyebabkan kita merasa cukup dengan amalan yang dilakukan bahkan mencalarkan keikhlasan melakukan ibadah tersebut. Sedangkan segala ibadah yang dilakukan itu adalah daripada hidayah Allah jua.
Oleh itu, setelah beramal, ajar diri ini untuk rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu, kita akan selamat daripada rasa ujub, sum’ah, riak atau bangga diri dan sentiasa mempunyai rasa untuk menambahkan ibadah yang sejemput itu.

  1. Kejahatan Orang pada Kita
Ajar diri ini untuk melupakan kesalahan mereka  yang melakukan kesalahan pada kita. Ajar diri untuk jadi lebih pemaaf dan elakkan marah yang keterlaluan kerna marah itu bukanlah pengubat jiwa bahkan pemusnah jiwa. Kita hanya hamba-Nya, bukan tuan apatah lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Menjadi adat untuk melakukan kesalahan dan disakiti dan anggaplah ia sebagai lumrah sebagai makhluk Tuhan.
Lebih-lebih lagi yang perlu kita hadapi dengan sabar aalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah wahai makhluk Allah bahawa, setiap kesusahan itu hanyalah mehnah daripada Allah untuk ‘memujuk’ manusia kembali kepada-Nya.


Dipetik dari buku, Semuanya Soal Hati.

Diedit semula oleh : Nurul Ain binti Ahamad Shabudin 





Kalo hari nie aku lembik, jom ubah jadi QAWIY..
Kalo hari nie aku malas, jom ubah jadi RAJIN,
Kalo hari nie aku buat dosa, jom TOBAT...