Sunday 3 November 2013

Ucap Syukur Melebur Kufur

Assalamualaikum..
Again, new post..
Btw, nie dicopied from gen-Q, 
Artikel dicopied utk KULTUM..
So, why not I paste it here??
Huhu :D
Siruuu 'ala barakatillah..


Ucap Syukur Melebur Kufur


Allah berfirman yang bermaksud : “Dan ingatlah ketika tuhanmu berkata, ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti akan aku tambahkan (nikmat) untuk kamu dan apabila kamu kufur, sesungguhnya azab aku amatlah keras” (surah Ibrahim, 14;7)
Mengikut tafsir al-Nasafi, Ibn Abbas menafsirkan ayat ini bahawa, manusia yang taat kepada Allah, Allah pasti akan melimpahi baginya nikmat yang tidak terhingga. Manakala, manusia yang kufur dan ingkar, Allah akan meluputkan segala nikmat pemberian-Nya di dunia dan Allah akan menimpakan aneka azab dan hukuman yang berat di akhirat kelak.
Segala ujian yang berlaku di sekeliling kita seperti kebakaran, rompakan, tsunami dan sebagainya, kita wajib melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana menyelamatkan kita daripada segala macam ujian ini.
            Terbitkan dalam hati sekiranya Allah berkuasa menimpakan sesuatu keburukan kepada seseorang, maka Allah juga amat berkuasa untuk menimpakannya kepada kita.

Mengungkap Syukur
Mengungkap syukur bukan sekadar menyebut alhamdulliah atas pemberian-Nya, malah dengan memberi ketaatan yang bersungguh-sungguh kepada Allah dengan menzahirkannya melalui seluruh anggota.
            Ini disandarkan kepada kata-kata Ibn Abbas mengenai syukur : ‘Syukur ialah ketaatan kepada Allah dengan segala anggotanya sama ada zahir mahupun batin dalam keadaan sembunyi atau terang’.
            Garapkan rasa bersyukur dalam hidup orang muda dengan melakukan perkara yang Allah suka dan meninggalkan segala larangan hamba-Nya walaupun perbuatan itu berlawanan dengan kehendak dan fitrah manusia.
            Yakin dan percayalah dengan janji Allah. Dengan bersyukur, pasti Allah akan mengandakan nikmat-Nya dan memberi kemudahan dalam segenap urusan kita seharian. Seterusnya melahirkan rasa ketenangan jiwa dalam menempuh ujian di dunia ini.


Bahagianya Bersyukur
Bersyukur membuahkan rezeki dan nikmat yang melimpah. Bersyukur  juga menjadi jalan kepada hidayah dan petunjuk Allah kepada kita. Lihatlah bagaimana ashab al-Kahfi melahirkan rasa bersyukurnya.
            Demi rasa bersyukur menjadi orang yang beriman, juga rasa cinta dan taat kepada Allah, mereka sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman. Disebabkan itu, mereka beroleh nikmat petunjuk dan sanjungan daripada Allah. Bahkan kisah mereka telah dirakamkan di dalam al-Quran.
            Allah telah berfirman: “Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan menreka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka,” (Surah al-Kahfi 18; 13)
            Selain itu, baginda SAW juga memuji dan kagum dengan mukmin yang bersyukur. Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin”
            Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur,maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar, maka itu juga kebaikan baginya,” (Riwayat Muslim).


            Demikianlah, betapa bahagianya menghiasai diri dengan sifat yang menjadi ucapan pertama ahli syurga apabila memasuki syurga kelak. Bagi seseorang anak, sifat bersyukur itu akan menerbitkan rasa saying ibu bapa, guru dan masyarakat.
            Bagi seseorang pekerja pula, sifat syukur akan menyebabkan limpahan anugerah sama ada daripada Allah secara terus ataupun melalui majikannya. Itulah target, fokus dan impian kita.

            Ayuh, jadi hamba yang bersyukur!!


No comments:

Post a Comment